ayam tiga aroma

Kalau dah buntu nak masak apa dengan lauk ayam, apa kata cuba resipi Ayam Tiga Aroma yang ringkas tapi cukup menyelerakan ini.

Resipi ini tular di laman sosial TikTok dan ramai yang tak lepaskan peluang mencubanya sendiri di rumah.

Kalau anda pun nak rasa keenakannya, jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nora Yusof di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasa Tetap Padu!

RESIPI AYAM TIGA AROMA

ayam tiga aroma

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – digoreng dahulu (goreng separuh masak pun boleh)
  • 1 biji bawang besar – dihiris dan digoreng untuk dijadikan bawang goreng

Bahan A (kisar):

  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili hijau

Bahan B (kisar):

  • Segenggam daun ketumbar
  • ½ genggam daun pudina
  • Bawang goreng yang disediakan tadi

Bahan C:

  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam masala
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan yogurt asli (plain yogurt)

Bahan D (masukkan akhir sekali):

  • 3 tangkai daun kari
  • 3 tangkai cili hijau
  • Kentang yang telah digoreng hingga empuk
  • Hirisan bawang merah
  • Daun ketumbar segar
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan A hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan bahan B, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kalau terlalu kering, boleh tambah sedikit air.
  4. Kalau nak berkuah sikit, tambah lebih air ya. Kacau rata dan biarkan reneh sekejap.
  5. Masukkan bahan C, masa ini bau rempah dia memang wangi sangat! Kacau hingga sebati.
  6. Tambah yogurt, kacau lagi sampai rata.
  7. Perasakan mengikut cita rasa. Letak gula, garam dan sedikit serbuk perasa sahaja. Kalau nak letak stok ayam, mushroom seasoning atau apa-apa perasa tambahan pun boleh. Ikut selera masing-masing.
  8. Akhir sekali, masukkan bahan D. Kacau biar semua bahan mesra.
  9. Dah siap, boleh tutup api. Jangan lupa rasa dulu ya!

Sumber: Nora Yusof

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN