resepi ayam bali
Kalau sebut tentang lauk yang padu, berempah dan penuh aroma, Resepi Ayam Bali memang antara yang wajib dicuba. Masakan ini bukan sahaja kaya dengan rasa, malah baunya saja pun boleh buat perut terus lapar!

Ayam masak bali ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk utama waktu makan tengah hari atau malam. Gabungan serai, daun kari, cili kisar dan kicap pekat menjadikan rasanya pedas, manis dan cukup berempah.

Paling menarik, resipinya sangat mudah disediakan dan tak memerlukan bahan yang pelik-pelik. Hanya perlu kisar bahan asas, goreng ayam, tumis, dan gaul rata. Tak sampai sejam pun dah siap!

Baca juga: Cara Masak Ayam Goreng Kari Dengan Kentang, Resipi Simple Gerenti Jadi!

RESEPI AYAM BALI

resepi ayam bali

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 6-8 batang serai (dititik)
  • 8 helai daun kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • Kicap pekat secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Bahan kisar:

  • Segenggam cili kering (direbus terlebih dahulu)
  • 5-6 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 6 ulas bawang putih

Kisar semua bahan ini hingga halus.

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng ayam selama 10-15 minit. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan semula minyak gorengan tadi. Tumis daun kari dan serai. Kacau atas api sederhana hingga naik bau (jangan sampai hangus).
  4. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap pekat, gara  dan gula. Gaul rata.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan hingga sebati.
  7. Taburkan hirisan bawang besar. Gaul rata dan biarkan masak selama 8-10 minit.
  8. Siap untuk dihidang!

Sumber: Iva Marissa

Baca juga: Resipi Ayam Butter Paling Padu, Kuah Pekat Lemak Berkrim Sampai Menjilat Jari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN