Jom cuba resepi ayam roasted ini untuk dapatkan hasil kulit yang ‘garing’ sama macam di kedai.
Setiap kali makan nasi ayam chinese style, benda yang paling tidak sabar untuk dimakan adalah kulit ayam.
Saudara Wan Luqman ada berkongsikan cara-cara lengkap untuk menggoreng ayam roasted yang teramat mudah untuk diikuti.
Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah
1. Pertama sekali, didihkan air. Kemudian masukkan satu senduk cuka, kemudian masukkan gula padi (maltose) sebanyak 2 hingga 3 senduk.
2. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit.
3. Selepas itu, angkat ayam ke dalam pinggan. Hasilnya kulit ayam menjadi golden brown kesan dari gula maltose tadi.
4. Letak ayam di atas jaring. Tutup dengan tudung saji dan biarkan seketika.
5. Lumur dengan 5 spice. Rempah ini boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit di pasar.
6. Hasilnya selepas dilumur rempah.
7. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Tapi jangan sampai tenggelam. Hanya jirus-jirus ke atas kulit ayam.
8. Hasilnya, kulit akan menjadi garing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Wan LuQman
Baca juga: Kepak Ayam Crispy Garlic Bersama Sos Garlic, Resipi Viral Lebih 6.7K Shares Tau!
Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…
Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…