resepi ayam kicap simple

Jika tiada idea nak masak apa untuk makan tengah hari, jom cuba resepi ayam kicap simple dan berkuah pekat ini. Satu keluarga pasti akan menggemarinya!

Untuk menghasilkan kuah yang pekat dan elok bersalut pada ayam, ada satu petua yang perlu dilakukan iaitu jangan menambahkan air ke dalam kuah.

Jika anda ingin mengetahui resepi penuh, boleh lihat perkongsian oleh Dapur Pak De Nashruddin di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ayam Pop, Cara Mudah Tapi Rasa Autentik Macam Masakan Padang!

RESEPI AYAM KICAP SIMPLE DAN PEKAT ELOK

resepi ayam kicap simple

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bahan tumbuk: kunyit, bawang merah, bawang putih, halia
  • Cili kisar
  • 4 rempah sekawan
  • Rempah kari
  • Kicap
  • Gula dan perasa

Cara penyediaan:

  1. Goreng ayam terlebih dahulu.
  2. Tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga halus.
  3. Tumis 4 rempah sekawan, kemudian masukkan cili kisar dan bahan tumbuk. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan rempah kari dan tumis lagi.
  5. Selepas itu, masukkan kicap, gula, dan perasa.
  6. Tambahkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali.
  7. Biarkan masakan mendidih tanpa menambah air.
  8. Masak sehingga kuah kicap menjadi pekat dan menyerap ke dalam ayam.
  9. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas. Selamat mencuba!

Nota: Tidak perlu menggunakan air dalam masakan kicap ini. Biarkan kuah kicap menjadi pekat dengan sendirinya. Bahan di atas boleh disesuaikan mengikut citarasa anda dan jumlah ayam yang digunakan.

Kredit resipi: Dapur Pak De Nashruddin

Baca juga: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN