Categories: Resipi

Resepi Ayam Goreng Kicap Padu & Kuah Pekat Berempah, Sesuai Jadi Menu Kegemaran Seisi Keluarga

Sedang fikir nak masak apa hari ini? Kalau anda perlukan menu lauk cepat siap tapi tetap sedap, resepi Ayam Goreng Kicap memang jawapan paling mudah.

Dengan gabungan ayam goreng rangup dan kuah kicap pekat beraroma halia serta serai, resepi Ayam Goreng Kicap perkongsian Sis Auni di Facebook ini berjaya tarik perhatian ramai kerana rasanya yang simple tapi padu.

Tak perlu bahan pelik-pelik, cuma ikut langkah ringkas ini, terus dapat lauk yang buat nasi panas licin satu periuk!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

RESEPI AYAM GORENG KICAP

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong sederhana)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan tumis dan perasa:

  • Serai (dititik)
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Kicap manis / kicap biasa
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa

Bahan-bahan akhir:

  • Cili besar (hiris serong)
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Tomato (potong)

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng ayam sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar halia, bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga halus.

3. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.

4. Masukkan serai dan cili boh, tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram, kiub ayam dan kicap.

6. Tambah air secukupnya untuk kuah.

7. Jika rasa kicap belum cukup, boleh tambah ikut citarasa.

8. Masukkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.

9. Masukkan ayam goreng tadi, gaul hingga ayam bersalut kuah.

10. Masukkan cili besar, bawang bulat dan tomato.

11. Gaul rata dan masak sekejap hingga semua bahan sebati. Siap!

Tips Supaya Ayam Goreng Kicap Lagi Sedap

  • Goreng ayam separuh garing supaya tak lembik bila masuk kuah.
  • Gunakan kicap manis untuk rasa lebih berlemoi.
  • Boleh tambah sedikit air asam jawa kalau suka rasa masam manis.
  • Tambah lada hitam untuk aroma ekstra.

Resepi Ayam Goreng Kicap memang sesuai dijadikan menu harian kerana mudah disediakan dan confirm jadi kegemaran seisi keluarga. Hidangkan bersama nasi putih panas dan sambal belacan, memang bertambah nasi!

Selamat mencuba!

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Resepi Ayam Buttermilk Simple, Lembut Berkrim & Mudah Dibuat Di Rumah

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

13 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

13 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

14 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

15 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

15 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

16 hours ago