Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Bawang, Caranya Mudah Saja Tapi Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Kedai Mamak

Setiap kali pergi kedai ke nasi kandar, memang wajib ambil ayam bawang. Sebenarnya kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, sangat mudah disediakan tetapi penuh dengan rasa.

Ayam dilumur dengan serbuk kunyit serta garam, kemudian digoreng sehingga garing. Kemudian dimasak dalam kuah pekat kaya dengan rasa bawang, halia, daun kari dan bahan-bahan lain yang menghasilkan rasa yang manis, berempah dan sedikit masam.

Jadi, jika anda mencari idea lauk ayam yang tidak membosankan, resipi ayam bawang ini boleh dicuba. Kuahnya yang melekat pada ayam bersama taburan bawang goreng di akhir masakan memang menaikkan selera seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!

RESEPI AYAM BAWANG ALA MAMAK

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis:

  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
  • Daun kari
  • Halia
  • Bawang kisar

Bahan rempah:

  • Serbuk cili secukupnya
  • Serbuk kari secukupnya
  • Serbuk jintan secukupnya

Bahan perasa:

  • Sos tiram atau sos tomato
  • Kicap manis (jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit sehingga rata. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sama, goreng hirisan bawang besar sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan 4 sekawan bersama daun kari, halia serta bawang kisar sehingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari. Tumis sehingga rempah masak dan minyak mula pecah.
  5. Tambahkan sos tiram atau sos tomato, serbuk jintan, garam dan gula secukup rasa. Jika mahu rasa lebih manis dan berkilat, boleh masukkan sedikit kicap manis.
  6. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi dan gaul sehingga sebati bersama kuah rempah.
  7. Tambahkan sedikit air jika mahukan lebih kuah. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
  8. Akhir sekali, masukkan bawang goreng serta hirisan bawang besar yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Rahayu Husin

Baca juga: Resipi Ayam Panggang Air Fryer Guna Bahan Perapan Ringkas, Sekali Cuba Confirm Nak Buat Lagi!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago