ayam panggang air fryer

Nak makan ayam panggang yang sedap tapi tak mahu bersusah payah lama di dapur? Cuba buat ayam panggang air fryer yang satu ini. Guna bahan yang mudah sahaja, tapi hasilnya ayam tetap juicy, berperisa dan cukup menyelerakan.

Resipi ini sesuai untuk yang sibuk atau baru nak belajar memasak kerana tak perlukan banyak bahan. Hanya gaulkan ayam bersama bahan perapan, kemudian masukkan ke dalam air fryer dan tunggu sehingga masak.

Paling menarik, ayam panggang air fryer ini mempunyai rasa pedas manis hasil gabungan serbuk cili, sos cili, kicap manis dan mayonis. Bahagian luar ayam pula boleh jadi garing, manakala bahagian dalam kekal lembut dan berjus.

Kalau makan bersama nasi putih panas, nasi minyak atau kentang goreng pun memang sedap. Resipi ringkas macam ini memang sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai, Gerenti Kecur Air Liur Dengan Kombinasi Pedas, Masam & Manis!

RESEPI AYAM PANGGANG AIR FRYER

ayam panggang air fryer

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ayam whole leg
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 hingga 4 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam (chicken stock)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam whole leg dan toskan airnya.
  2. Dalam satu bekas, masukkan ayam bersama serbuk cili, mayonis, sos cili, kicap manis, garam dan serbuk pati ayam.
  3. Gaulkan semua bahan sehingga ayam bersalut rata dengan bahan perapan.
  4. Jika ada masa, perap ayam selama 30 minit hingga beberapa jam supaya rasa lebih meresap. Namun, boleh juga terus dimasak jika ingin cepat.
  5. Panaskan air fryer terlebih dahulu. Masukkan ayam dan masak pada suhu 180°C selama 15 minit.
  6. Selepas 15 minit, terbalikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 15 minit.
  7. Jika suka ayam lebih garing, tambah masa memasak sekitar 5 hingga 10 minit lagi mengikut tahap kegaringan yang diinginkan.
  8. Ayam panggang air fryer siap untuk dinikmati. Hidangkan bersama nasi panas dan sambal kegemaran.

Tip: Setiap air fryer mempunyai tahap kepanasan berbeza. Jadi, periksa ayam selepas tempoh memasak untuk memastikan ia masak sempurna dan tidak terlalu kering.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Sup Siakap Ala Khairul Aming, Kuah Pedas Berempah Enak Dihirup & Isi Ikan Kekal Lembut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN