
Resepi bawang goreng memang antara pelengkap wajib dalam dapur rakyat Malaysia. Tabur atas nasi lemak, bubur, sup, mi goreng atau sambal pun terus naik bau dan rasa. Lagi syok bila buat sendiri di rumah sebab lebih rangup, wangi dan jimat berbanding beli siap.
Ramai sangka nak buat bawang goreng sedap ini susah, sebenarnya hanya perlukan 3 bahan sahaja. Yang penting kena tahu teknik potong bawang, cara salut tepung dan ‘timing’ masa menggoreng supaya hasilnya cantik keemasan dan tahan rangup lebih lama.
Kalau anda jenis suka memasak atau tengah cari idea untuk berniaga kecil-kecilan, resepi ini memang wajib cuba. Modal pun rendah, tapi hasilnya memang puas hati. Jom tengok cara lengkap buat bawang goreng homemade di bawah.
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Masak Merah Ayam, Suami Puji ‘Paling Sedap’ Sampai Selalu Minta Buat!
RESEPI BAWANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Tepung beras (Cap Teratai)
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Kupas kulit bawang merah sehingga bersih. Tips supaya kurang pedih mata, rendam dan kupas bawang di bawah air paip yang sedang mengalir.
- Cuci bersih bawang yang telah dikupas dan toskan sehingga tiada lebihan air.
- Hiris bawang nipis menggunakan pisau tajam atau pemarut bawang. Gunakan pisau yang betul-betul tajam supaya kurang gas bawang keluar dan mata tidak terlalu pedih.
- Salut bawang dengan tepung beras sedikit demi sedikit sebelum menggoreng. Cara ini membantu bawang jadi lebih rangup dan tidak melekat sesama sendiri.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian masukkan bawang yang telah disalut tepung ke dalam kuali.
- Bila bawang mula mengeras sedikit, perlahankan api dan kacau selalu supaya masak sekata serta tidak cepat hangus.
- Apabila bawang bertukar warna keperangan sedikit, terus angkat dan toskan minyak. Jangan tunggu bawang terlalu garing kerana proses memasak masih berjalan selepas diangkat dan boleh menyebabkan bawang jadi pahit.
Sumber: Eiyda Wahida II
Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














