
Resipi ayam goreng daun kari ini pasti menjadi kegemaran ramai. Gabungan ayam yang diperap dengan serbuk perasa, kemudian digoreng bersama daun kari menghasilkan aroma yang sangat wangi serta rasa yang cukup menyelerakan. Sekali cuba, pasti akan ulang masak lagi.
Kalau anda sedang mencari lauk yang mudah disediakan tetapi tetap sedap, resipi ini memang wajib dicuba. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediaannya juga tidak rumit. Sesuai untuk dijadikan menu makan tengah hari, makan malam atau hidangan hujung minggu bersama keluarga.
Lebih menarik, daun kari yang digoreng sehingga rangup bukan sahaja menaikkan aroma ayam, malah menjadi pelengkap yang membuatkan hidangan ini lebih istimewa. Paling sedap kalau dimakan ketika masih panas bersama nasi putih dan sambal kegemaran.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai, Gerenti Kecur Air Liur Dengan Kombinasi Pedas, Masam & Manis!
RESIPI AYAM GORENG DAUN KARI

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- 50g serbuk ayam bakar madu
- Daun kari secukupnya
- 2 sudu besar tepung ayam goreng segera
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan ayam ke dalam bekas, kemudian tambah serbuk ayam bakar madu, tepung ayam segera dan daun kari.
- Gaulkan sehingga semua bahan bersalut rata pada ayam.
- Perapkan ayam selama kira-kira 30 minit di dalam peti ais supaya perasa lebih meresap.
- Panaskan minyak yang mencukupi, kemudian goreng ayam sehingga masak, garing dan berwarna keemasan.
- Sebelum mengangkat ayam, taburkan sedikit lagi daun kari ke dalam minyak panas dan goreng sehingga rangup.
- Angkat ayam bersama daun kari rangup dan toskan minyak.
Sumber: Marsitah Ibrahim
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Thai Rangup, Bahan Perapan Rempah Ini Buat Rasa Lebih Wangi & ‘Aroi Mak’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














