Categories: Resipi

Resipi Asam Pedas Utara Campur Batang Keladi, Kena Cuba Baru Tahu Sedap Dia!

Kalau dah buntu nak masak apa, bolehlah cuba resipi asam pedas utara ini. Gandingan ikan temenung bersama batang keladi memang cukup padu, lagi-lagi bila dimakan panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan.

Cara masaknya pun mudah sebab tak perlu ditumis. Sesuai sangat kalau nak masak cepat tapi tetap nak rasa lauk yang ‘power’. Bau daun kesum dan belacan tu memang cukup membuka selera!

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa!

RESEPI ASAM PEDAS UTARA IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor ikan temenung/gembung (dibersihkan)
  • Batang keladi (dipotong dan direbus hingga lembut)
  • 8-10 tangkai cili kering (direndam air panas)
  • 4-5 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar kecil belacan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2-3 keping asam keping
  • Segenggam daun kesum
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

  1. Rebus batang keladi hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Guna air rebusan keladi yang masih panas untuk merendam cili kering hingga lembut dan kembang.
  3. Kisar cili kering bersama cili padi, bawang besar (atau bawang merah), bawang putih dan belacan hingga halus.
  4. Masukkan bahan kisar terus ke dalam periuk. Tak perlu tumis.
  5. Tambahkan serai dan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  6. Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit serbuk perasa. Biarkan mendidih lama sedikit supaya cili betul-betul masak.
  7. Setelah kuah mendidih, masukkan asam keping dan daun kesum.
  8. Tambahkan air jika kuah nampak terlalu pekat.
  9. Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi.
  10. Masukkan ikan semasa kuah belum mendidih. Tips ini penting supaya ikan tak pecah dan kekal cantik bentuknya.
  11. Hidupkan api kecil dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan. Tidak perlu balik-balikkan ikan.
  12. Tutup periuk supaya bahagian atas ikan pun masak dengan wap.
  13. Siap untuk dihidang!

Tip Tambahan:

  • Ikan boleh juga digoreng berasingan dan dijadikan lauk sampingan.
  • Sajikan bersama sambal belacan, ulam kampung dan nasi putih.
  • Kalau suka kuah banjir, lebihkan kuah atas nasi dan letakkan sedikit kicap, memang membuka selera!

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Ikan Masin Lada Putih Yang Ringkas Tapi Rasa Padu, Memang Membuka Selera!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

10 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

10 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

11 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

12 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

12 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

13 hours ago