ikan masin

Kalau anda penggemar lauk ringkas tapi padu rasanya, resipi ikan masin lada putih ini memang wajib cuba. Gabungan rasa masin dengan pedas lada putih memang ‘kena’ dengan nasi panas.

Ikan masin memang terkenal sebagai lauk tradisi orang kita, tapi bila digabungkan dengan lada putih, bawang dan sedikit air asam Jawa, rasanya jadi lebih menarik dan membuka selera. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Bawal Masam Manis, Lauk Ringkas Anak Confirm Makan Licin!

RESEPI IKAN MASIN LADA PUTIH

ikan masin

Bahan-bahan:

  • Ikan masin (ikut suka jenisnya, dipotong kecil dan digoreng)
  • Lada putih (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula

Cara-cara:

  1. Goreng ikan sehingga garing.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan lada putih yang telah dihiris.
  4. Seterusnya, masukkan ikan yang telah digoreng.
  5. Masukkan bawang besar. Tumis dan gaul rata bersama bahan-bahan lain. Tumis hingga semuanya berwarna kecoklatan.
  6. Pada tahap ini, boleh tambah perasa seperti garam, ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula supaya seimbang dengan rasa masin.
  7. Masukkan sedikit air asam Jawa. (Sebagai pilihan lain, boleh juga masukkan tomato ikut selera.)
  8. Guna air asam jawa supaya rasa lada putih dan ikan ini lebih sedap.

Sumber: Watie Dee via Koleksi Resepi Lazat

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN