ikan kembung masak asam

Ikan kembung masak asam antara lauk yang menjadi kegemaran ramai. Selain ikan kembung, boleh juga menggunakan jenis ikan lain yang disukai seperti ikan tenggiri, ikan merah dan lain-lain.

Menu ini adalah hidangan ikan yang dimasak dengan kuah asam. Kuah asam ini pula diperbuat dari air asam jawa dan biasanya dicampur dengan bahan-bahan seperti bawang, halia, cili dan banyak lagi.

Kalau anda belum pernah cuba lauk ini, jom masak sendiri di rumah menggunakan resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

ikan kembung masak asam

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/tenggiri/ikan merah (ikut selera)
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • 5-6 biji bawang merah (belah dua)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
  • 1 hiris halia (nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 5-10 biji cili padi (diketuk atau biarkan sebiji-sebiji pun boleh)
  • 1 biji tomato (belah 4, jika tak nak letak pun tak apa)

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan air asam jawa lebih kurang secawan teh (kalau nak lebih kuah, tambahkan air).
  4. Masukkan cili padi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa masam dan masin ikut cita rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Siap untuk dihidang!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol, Lauk Simple & Jimat Masa Tapi Berhantu Sedapnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN