Categories: Resipi

Jom Buat Air Soya Homemade, Ada Petua Tak Bau Kacang & Tahan Lama Dalam Peti Ais

Jom cuba resepi air soya homemade di bawah ini. Kalau buat sendiri, anda boleh hasilkan minuman segar tanpa pengawet dan gula tambahan.

Resipi ini mudah diikuti, bahan-bahannya ringkas dan dengan beberapa tip, anda boleh elak bau kacang dan menghasilkan air soya yang tahan lama dalam peti sejuk.

Baca juga: Cara Buat Kopi Santan Vietnam Resipi Khairul Aming, Di Restoran Rembayung Pun Ada Jual!

RESEPI AIR SOYA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kacang soya (rendam sehingga lembut/kembang)
  • Air secukupnya untuk kisar dan merebus
  • Daun pandan (untuk aroma)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam kacang soya sehingga lembut atau kembang. Buang kulitnya.
  2. Kisar kacang soya bersama air secukupnya.
  3. Tapis air kacang yang telah dikisar untuk asingkan hampas.
  4. Masak air soya di atas api perlahan sehingga benar-benar masak.
  5. Semasa merebus, masukkan daun pandan untuk mengelakkan bau kacang dan menambah aroma wangi.

Tip elak bau kacang selepas dimasak:

  • Jangan gunakan api terlalu kuat supaya air soya tidak mudah hangit atau berbuih berlebihan.
  • Untuk rasa dan aroma terbaik, bagi air soya dua kali mendidih. idih pertama dengan api perlahan, kemudian selepas 1–2 minit, kuatkan api untuk mendidih sekali lagi.
  • Letakkan daun pandan semasa mendidih. Air soya yang dimasak sempurna boleh tahan beberapa hari dalam peti sejuk.

Sumber: Lin Linda Azlinda

Baca juga: Cara Buat Air Sunquick Laici Lazat Berkrim, Tiap Kali Teguk Terasa Nikmat!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago