kopi santan

Pembukaan restoran Rembayung milik Khairul Aming baru-baru ini cukup mendapat perhatian ramai. Salah satu menu yang ramai orang cuba adalah air kopi santan yang lemak maniss,

Yang menariknya,  kopi santan ini sebenarnya pernah dikongsikan oleh Khairul Aming di media sosial sebelum ia menjadi menu popular di restorannya. Ramai peminat kopi teruja untuk mencuba sendiri di rumah.

Jika anda masih belum berpeluang untuk ke restoran Rembayung, anda boleh cuba buat sendiri kopi santan di rumah dengan bahan-bahan mudah dan langkah penyediaan yang ringkas.

Baca juga: Lepas Makan Jangan Terkejut Tengok Bil, Ini Senarai Menu & Harga Di Rembayung Untuk Anda ‘Standby’ Duit

RESIPI KOPI SANTAN KHAIRUL AMING

kopi santan

Sumber gambar: Hafizamran

Bahan-bahan:

  • Ais secukupnya
  • 2 santan kotak kecil
  • Setengah cawan susu pekat manis
  • Sedikit garam
  • 3 sudu serbuk kopi segera (larutkan dengan sedikit air panas)

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan mesin pengisar (blender), masukkan ais, santan kotak, susu pekat manis dan garam.
  2. Kisar semua bahan sehingga ais hancur sepenuhnya dan campuran menjadi sebati
  3. Tuangkan ke dalam jag air yang berisi ais secukupnya.
  4. Bancuh serbuk kopi segera dengan sedikit air panas sehingga larut sepenuhnya
  5. Tuangkan kopi yang telah dibancuh ke dalam jag berisi campuran santan dan ais tadi, kemudian gaul sehingga semua bahan sebati.
  6. Rasa minuman dan sesuaikan mengikut citarasa sendiri. Jika suka lebih manis, boleh tambah sedikit susu pekat.
@khairulaming

4 menu air berbuka: Vanila Sarsi, Teh Bunga Zapple, Vitagen Longan dan Kopi Santan Vietnam. Selamat berbukaaa 😁

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Sumber: Khairulaming

Baca juga: Rembayung Khairul Aming Raih Pujian Pengunjung Di Hari Pertama, Ada Menu Dapat Rating 10/10!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN