jenis taugeh

Jenis taugeh yang kita selalu jumpa di pasar sebenarnya bukan satu sahaja, tapi ada dua. Walaupun nampak sama, tauge ini berbeza dari segi rupa, rasa dan cara ia digunakan dalam masakan. Sebab itu ada orang lebih suka tauge tertentu bila masak mi goreng, bihun, sup atau soto.

Tauge ini antara sayuran paling popular kerana harganya murah, mudah didapati dan memberi rasa rangup serta segar pada hidangan. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan vitamin, serat dan protein yang baik untuk kesihatan.

Kalau anda nak tahu dengan lebih jelas apa perbezaan dua jenis tauge ini, jom teruskan membaca.

Baca juga: Rugi Besar Kalau Tak Makan Tauge, Rupanya Ada Banyak Khasiat Tersembunyi!

KENALI PERBEZAAN ANTARA DUA JENIS TAUGEH

jenis taugeh

Tauge Halus

Tauge halus atau lebih dikenali sebagai tauge panjang dicambahkan daripada biji kacang hijau atau kacang hitam kecil. Bentuknya lebih panjang, batangnya halus dan nipis serta ada ekor hijau di hujungnya.

Dari segi rasa, tauge halus ini lebih rangup tetapi agak tawar. Sebab itu ia biasanya digunakan sebagai campuran pelengkap dalam gorengan seperti mee atau bihun, malah ada juga yang suka menjadikannya kerabu kerana teksturnya yang segar.

Tauge Kasar

Tauge kasar pula berasal daripada biji kacang soya. Berbanding tauge halus, bentuknya lebih pendek, gemuk dan batangnya lebih tebal. Dari segi rasa, tauge kasar lebih manis, berisi dan sedikit lemak.

Ia juga lebih tahan bila dimasak lama kerana tidak mudah hancur. Disebabkan itu, tauge kasar lebih sesuai digunakan dalam masakan berkuah seperti sup, soto atau dimakan bersama steamboat.

Sumber: Facebook

Baca juga: Tips Taugeh Tahan Lama & Kekal Rangup, Berminggu Pun Tak Hitam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN