sunquick laici

Nak meriahkan waktu bersama keluarga di rumah terutama pada bulan Ramadan dan Syawal yang mulia, anda wajib buat Air Sunquick Laici yang sungguh lazat berkrim.

Bukan saja sesuai dihidangkan ketika jamuan berbuka puasa, malah ia merupakan antara pilihan minuman sedap dan terbaik sebagai hidangan tetamu pada Hari Raya.

Nak buat Air Sunquick Laici sebenarnya mudah saja, ikut saja cara yang ditunjukkan melalui perkongsian video oleh hishamraustv di TikTok ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Air Anggur Susu Float, Segar Berkrim Buat Tekak Puas Tak Terhingga!

RESIPI AIR SUNQUICK LAICI

sunquick laici

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan laici (tinggalkan 2 untuk hiasan) dan susu cair ke dalam blender.

2. Selepas itu, masukkan juga sunquick (nak kaw boleh letak lebih) dan kisar sampai lumat.

3. Kemudian, masukkan ais ke dalam jug secukupnya.

sunquick laici

4. Seterusnya, masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam jug.

5. Setelah itu, kacau sampai sebati.

6. Akhir sekali, letak aiskrim vanilla bersama baki laici yang ditinggalkan tadi di bahagian atas. Siap untuk dinikmati!

Tapi, tak semestinya kena tunggu bulan Ramadan dan Syawal baru boleh buat Air Sunquick Laici. Senang cerita, minuman ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.

Selamat mencuba!

Sumber: hishamraustv

Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN