Categories: Resipi

Resipi Air Longan Sejuk Ala Pasar Malam, Jimat & Senang Buat Sendiri Di Rumah!

Resepi air longan ini memang nikmat, lebih-lebih lagi bila dapat minum selepas seharian menahan dahaga semasa berpuasa, apatah lagi bila cuaca panas terik. Memang menyegarkan bila dapat minum air sejuk-sejuk yang manis dan menenangkan tekak.

Di pasar malam, banyak gerai menjual air longan ini. Tapi kalau asyik beli, boleh koyak poket juga. Sekarang ini, segelas air longan pun boleh cecah RM5. Sebenarnya, buat sendiri di rumah jauh lebih jimat dan boleh sesuaikan rasa mengikut selera kita.

Resipi ini memang simple saja, guna bahan apa yang ada di dapur saja. Nak minum panas boleh, nak letak ais pun lagi sedap. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kopi Tarik Coklat Campur Aiskrim, Pekat Berkrim Memang Puas Minum!

RESEPI AIR LONGAN

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • 3–4 ketul gula melaka/gula nisan
  • 1–2 sudu gula pasir (ikut tahap kemanisan)
  • Sedikit daun pandan (optional)
  • 1 tin atau 1 mangkuk isi longan kering / “mata kucing” (buang biji)
  • Gula batu atau gula kundur (optional, untuk rasa lebih sedap)

Cara memasak:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Tambahkan gula melaka atau gula nisan, masak hingga larut sepenuhnya.
  3. Jika suka lebih manis, boleh masukkan sedikit gula pasir.
  4. Masukkan daun pandan untuk naikkan aroma (jika ada).
  5. Kemudian, masukkan isi longan tanpa biji.
  6. Kacau dan biarkan mendidih seketika supaya rasa sebati.
  7. Tutup api dan biarkan sedikit suam.

Sumber: Iffah Bazilah

Baca juga: Resipi Koktail Buah-Buahan Campur Yang Meriah, Boleh Letak Aneka Bahan Kesukaan Anda!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

3 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

3 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

4 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

5 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

5 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

5 hours ago