
Resepi air longan ini memang nikmat, lebih-lebih lagi bila dapat minum selepas seharian menahan dahaga semasa berpuasa, apatah lagi bila cuaca panas terik. Memang menyegarkan bila dapat minum air sejuk-sejuk yang manis dan menenangkan tekak.
Di pasar malam, banyak gerai menjual air longan ini. Tapi kalau asyik beli, boleh koyak poket juga. Sekarang ini, segelas air longan pun boleh cecah RM5. Sebenarnya, buat sendiri di rumah jauh lebih jimat dan boleh sesuaikan rasa mengikut selera kita.
Resipi ini memang simple saja, guna bahan apa yang ada di dapur saja. Nak minum panas boleh, nak letak ais pun lagi sedap. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Kopi Tarik Coklat Campur Aiskrim, Pekat Berkrim Memang Puas Minum!
RESEPI AIR LONGAN

Bahan-bahan:
- 1 liter air
- 3–4 ketul gula melaka/gula nisan
- 1–2 sudu gula pasir (ikut tahap kemanisan)
- Sedikit daun pandan (optional)
- 1 tin atau 1 mangkuk isi longan kering / “mata kucing” (buang biji)
- Gula batu atau gula kundur (optional, untuk rasa lebih sedap)
Cara memasak:
- Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
- Tambahkan gula melaka atau gula nisan, masak hingga larut sepenuhnya.
- Jika suka lebih manis, boleh masukkan sedikit gula pasir.
- Masukkan daun pandan untuk naikkan aroma (jika ada).
- Kemudian, masukkan isi longan tanpa biji.
- Kacau dan biarkan mendidih seketika supaya rasa sebati.
- Tutup api dan biarkan sedikit suam.
Sumber: Iffah Bazilah
Baca juga: Resipi Koktail Buah-Buahan Campur Yang Meriah, Boleh Letak Aneka Bahan Kesukaan Anda!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














