kopi tarik coklat

Kalau anda peminat minuman kopi yang berperisa coklat, resipi kopi tarik coklat ini memang wajib cuba. Gabungan kopi tarik dan aiskrim coklat menghasilkan rasa yang lemak, manis dan cukup memuaskan. Sekali teguk memang terasa seperti minum minuman ala mocha di kafe.

Menariknya, resipi ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan bahan yang mudah didapati. Tak perlu bancuh kopi atau sediakan espresso, hanya gunakan kopi tarik dalam tin dan kisar bersama aiskrim coklat. Hasilnya minuman yang pekat, creamy dan cukup menyegarkan.

Sesuai diminum ketika cuaca panas, waktu santai di rumah atau ketika berkumpul bersama keluarga. Dengan kos yang jauh lebih jimat, anda sudah boleh nikmati minuman ala kafe tanpa perlu keluar rumah.

Baca juga: Resipi Air Sirap Bandung Soda Laici Untuk Berbuka, Rasa Berkrim Buat Dahaga Hilang Sekelip Mata!

RESIPI KOPI TARIK COKLAT

kopi tarik coklat

Bahan-bahan:

  • 3 tin kopi tarik jenama Wonda
  • 8 scoop aiskrim coklat
  • Ais secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan pengisar. Masukkan kopi dan aiskrim coklat ke dalam pengisar.
  2. Kisar kedua-dua bahan sehingga sebati dan bertekstur creamy.
  3. Masukkan ais secukupnya ke dalam jug atau gelas besar.
  4. Tuangkan campuran air yang telah dikisar tadi.
  5. Gaul perlahan supaya ais dan minuman bercampur sekata.
  6. Siap untuk dihidangkan dan diminum ketika sejuk.

Minuman ini sebenarnya ala-ala mocha, tetapi versi yang lebih cepat dan mudah kerana menggunakan bahan sedia ada. Rasanya tetap padu seperti minuman di kafe, tetapi kosnya jauh lebih berbaloi.

Sumber: NH Yma Nisma

Baca juga: Resipi Kurma Susu Special Yang Menyegarkan, Teguk Sekali Terus Nak Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN