Categories: Tips & Petua

Rahsia Masak Nasi Putih Rasa Sedap Dan Tidak Tawar, Chef Ini Kongsi Tip

Rupa-rupanya, ada rahsia masak nasi putih lebih sedap dan tidak tawar.  Memasak nasi putih bukanlah hanya sekadar mencuci dan membilas, tetapi terdapat cara dan ilmu khusus yang perlu diikuti semasa memasak nasi supaya rasanya tidak hambar tetapi sedap.

Terlibat dalam industri makanan selama lebih daripada 25 tahun, Chef Shukri berkongsi ilmu yang diamalkan dan digunakan oleh kebanyakan pengusaha kedai makan serta tukang masak lauk kenduri.

Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak

RAHSIA MASAK NASI PUTIH LEBIH SEDAP DAN TIDAK KOSONG

” Saya ingin berkongsi ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai nasi campur dan juga masakan lauk kenduri perkahwinan. Anda juga boleh menggunakan ilmu ini supaya suami anda lebih menghargai kerana masakan lebih sedap.

” Setiap kali memasak nasi putih, bacalah Bismillah dan selawat semasa mencuci beras. Semasa memasak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam beras yang hendak dimasak. Masukkan daun pandan. Anda perlu pandai mengagak supaya nasi tidak terlalu masin atau berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apakah tujuannya?

” Minyak berfungsi agar nasi tidak melekat dan sentiasa lembut. Garam pula memberikan ‘rasa’ kepada nasi putih apabila dimakan begitu sahaja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan memberi wangian kepada nasi sehingga seluruh dapur wangi apabila sudah mendidih,” terang Chef Shukri.

Tambahkan gula batu apabila memasak nasi tomato atau nasi minyak

Sementara itu, katanya jika ingin memasak nasi tomato, nasi minyak, dan sebagainya, masukkan tiga hingga empat ketul gula batu untuk memberikan kilauan kepada nasi supaya lebih cantik. Beliau mengakui bahawa ini adalah rahsia utama kedai makan dan para tukang masak.”

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!

Sumber: Chef Shukri

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

15 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

15 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

15 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

17 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

18 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

19 hours ago