Resipi puding tiramisu ini menghasilkan lebih kurang 40 cawan kecil yang sesuai untuk hidangan majlis atau sajian keluarga. Cara membuatnya juga sangat senang.
Rasa puding yang berlemak manis serta rasa koko, membuatkan puding ini sesuai untuk seisi keluarga. Silap haribulan, 40 cawan pun tidak cukup!
Anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan puding ini dengan mudah dan juga tidak terlalu leceh untuk dicari.
Jom tengok resipi perkongsian puding tiramisu yang berhantu ini menerusi laman sosial Facebook di bawah.
Baca juga: Resipi Bakso Yang Mudah, Masak Sambil Pejam Mata Pun Boleh!
RESIPI PUDING TIRAMISU
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 5 tin air (guna tin susu untuk sukat)
- 11 sudu besar tepung kastard (penuh membukit)
- Biskut marie (disyorkan perisa kopi)
- Milo secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Campurkan susu cair, susu pekat, air, dan tepung kastard dalam periuk. Kacau hingga sebati.
2. Masak dengan api sederhana, kacau hingga pekat dan berkilat.
3. Dalam loyang, lapiskan kastard, biskut marie, dan milo. Ulangi hingga lapisan terakhir ialah kastard.
4. Kisar kasar 7 keping biskut marie dengan 5 sudu besar milo, dan tabur di atas lapisan terakhir.
5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Cara Masak Sagu Guna Rice Cooker, Tak Perlu Kacau & Tak Risau Hangit!