Selain buat hidangan lauk yang sedap di rumah, mak-mak mesti suka resipi pencuci mulut menarik seperti Puding Sumi Jelly yang kelihatan ala Tutti Fruity ini.
Nak buat anak gembira, mak-mak kenalah buat pencuci mulut yang boleh menarik perhatian mereka. Tambahan pula, kanak-kanak memang suka makanan comel dan berwarna-warni.
Sumi yang sering menjadi kegemaran kanak-kanak bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah anda boleh gunakannya untuk buat puding yang sedap di rumah.
Hasyimah Harun telah kongsikan resipi Puding Sumi Jelly di Facebook yang sangat mudah dan membuatkan ramai puas hati melihat hasilnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Sagu Pelangi, Begini Caranya Dapat Hasil Cantik Dan Tak Hancur
RESEPI PUDING SUMI JELLY ALA TUTTI FRUITY
Bahan-bahan:
- 1 kampit agar-agar serbuk
- 1 tin susu cair
- 3 tin air (sukat guna bekas susu tin)
- 1 tin susu full cream (sukat guna bekas susu tin)
- 1 tin susu pekat
- 2 sudu tepung kastard
- Esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan agar-agar serbuk, susu cair, air, susu full cream, susu pekat, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
2. Selepas itu, padamkan api dapur dan biarkan sejuk dahulu.
3. Sementara tunggu ia sejuk, boleh lorekkan bekas dengan filling yang disukai seperti kiwi, blueberry dan strawberry.
4. Seterusnya, masukkan sumi berwarna-warni ke dalam bekas yang telah dilorekkan tadi.
5. Akhir sekali, masukkan adunan dan simpan di dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang!
Bagi memastikan Puding Sumi Jelly ini terhasil dengan sempurna, jangan lupa untuk sentiasa mengacaunya supaya tepung kastard tak berketul di dalam adunan.
Puding Sumi Jelly boleh dijadikan sebagai idea pencuci mulut untuk sebarang majlis atau potluck. Jika anak ada jamuan istimewa di sekolah, bolehlah buat pencuci mulut yang mudah dan lazat ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Hasyimah Harun
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi