Categories: Resipi

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan salah satunya ialah resipi Puding Laici Susu Ocean Blue.

Resipi Puding Laici Ocean Blue yang dikongsikan oleh Nur Leeya di Facebook telah mendapat pujian ramai kerana hasilnya yang sungguh cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

RESIPI PUDING LAICI SUSU OCEAN BLUE

Bahan-bahan untuk lapisan biru:

  • 10g serbuk agar-agar
  • 300ml air laici
  • 600ml air
  • ½ cawan gula (ikut kemanisan masing-masing)
  • Pewarna biru
  • 1 hingga 2 sudu makan selasih (rendam dalam air panas)

Bahan-bahan untuk lapisan susu:

Cara-cara membuat lapisan biru:

1. Mula-mula, masak serbuk agar-agar, air laici, air, gula dan pewarna sampai mendidih (jangan letak banyak sangat pewarna biru, bagi jadi warna cair-cair saja).

2. Kemudian, carik-carikkan buah laici dalam saiz kecil dan masukkan ke dalam acuan atau loyang.

3. Selepas itu, isi selasih yang sudah direndam dalam air panas tadi.

4. Tuang adunan biru yang dibuat awal-awal tadi ke dalam acuan sampai separuh saja sebab nak tuang lapisan susu nanti.

5. Akhir sekali, biarkan adunan biru jadi sejuk.

Cara-cara membuat lapisan susu:

1. Masak serbuk agar-agar, susu cair, air dan gula (jika boleh, jangan bagi manis sangat, takut tak ada rasa lemak susu itu nanti) sampai mendidih.

Cara-cara membuat puding laici susu ocean blue:

1. Tuang adunan lapisan susu ke atas adunan lapisan biru yang sudah sejuk dan separuh keras tadi.

2. Apabila sudah keras, boleh lorek atau cucuk-cucuk sedikit dengan garfu.

Kami yakin hasil resepi Puding Laici Susu Ocean Blue ini seiring dengan rasa sedap yang menyegarkan dan ia bakal menjadi pencuci mulut paling disukai ramai.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Leeyaa

Baca juga: Resepi Puding Roti Zebra Tanpa Kukus, Terus Dapat Corak Berbelang Cantik Macam Ini

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago