resepi puding roti zebra

Nak buat pencuci mulut yang sedap dan mudah tanpa kukus, semestinya resepi Puding Roti Zebra ini bakal membuat anda terliur. Bukan saja lembut, malah sedap dimakan sejuk-sejuk.

Puding Roti Zebra lebih kurang sama saja seperti puding roti marble, cuma coraknya yang berbelang-belang coklat dan putih membuatkan pencuci mulut ini dipanggil sebegitu rupa.

Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian resepi Puding Roti Zebra oleh Noviyanti Dewi di Facebook yang hasilnya cukup cantik dan menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Roti Kastard Leleh Dan Cair Di Mulut, Rasa Sekali Mesti Nak Lagi

RESEPI PUDING ROTI ZEBRA

resepi puding roti zebra

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti putih
  • 2 kotak kecil coklat putih
  • 2 kotak putih coklat
  • 3 hingga 5 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 240ml susu pekat manis (dibancuh dengan 1200ml air)
  • 1 sudu besar marjerin

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar roti putih dan masukkan susu serta telur.

2. Selepas itu, panaskan periuk dan masak adunan kisar bersama gula serta agar-agar secara kosong (tanpa minyak).

3. Setelah agak-agak adunan sudah panas, masukkan marjerin pula.

4. Kemudian, bahagikan adunan kepada 2 bahagian, iaitu satu bahagian untuk gunakan coklat putih dan satu bahagian lagi untuk gunakan coklat nanti.

5. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang dengan memasukkan satu sudu coklat dan satu sudu coklat putih secara bergilir-gilir sehingga kuali penuh.

6. Akhir sekali, biarkan sejuk semalaman dalam peti sejuk. Setelah itu, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

resepi puding roti zebra

Jika teringin makan pencuci mulut secara sejuk-sejuk, bolehlah buat resepi Puding Roti Zebra ini. Bukan saja kanak-kanak tertarik, malah orang dewasa pun teringin nak makan.

Bukan senang nak tarik selera anak untuk makan pencuci mulut. Tapi kami yakin apabila mereka nampak puding dengan corak cantik sebegini, pasti tak berhenti makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Noviyanti Dewi

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN