puding ikan koi

Kanak-kanak memang suka makan pencuci mulut yang comel dan menarik. Nak idea untuk jamuan sempena akhir tahun, boleh cuba buat puding ikan koi dan itik mengikut resipi ini.

Dengan sedikit kreativiti seperti yang dibuat oleh Falisa Lisa, beliau seronok dapat hasilkan puding yang comel bersama anak perempuannya. Jom kita tengok cara membuatnya!

Baca juga: Cara Buat Apam Bunny Viral, Wanita Ini Kongsi Teknik Sampai Hasil Jadi Comel

RESIPI PUDING IKAN KOI DAN ITIK

puding ikan koi

Bahan-bahan puding:

  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 10 gelas air
  • Gula secukup rasa
  • ½ tin susu cair
  • 1 cawan perisa laici (untuk ikan koi)
  • Perisa jagung + pewarna kuning sedikit (untuk puding itik)
  • Acuan ikan koi dan acuan itik

Cara-cara memasak:

1. Campurkan semua bahan kecuali perisa laici, kacau sehingga mendidih.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian: satu untuk puding ikan koi dan satu lagi untuk puding itik.

3. Masukkan perisa laici untuk puding ikan koi dan perisa jagung + sedikit pewarna kuning untuk puding itik.

4. Tunggu hingga puding suam, kemudian tuang ke dalam acuan masing-masing dan sejukkan.

5. Setelah sejuk, keluarkan puding dari acuan. Warnakan menggunakan kapas atau lidi bersih:

  • Ikan koi: warnakan agar menyerupai corak ikan koi sebenar.
  • Puding itik: warnakan mulut dan sayap dengan warna oren.

puding ikan koi

Bahan-bahan kolam:

  • 2 paket serbuk agar-agar
  • 20 gelas air
  • Gula secukup rasa
  • Perisa pilihan
  • Pewarna biru atau hijau

Cara-cara memasak:

1. Masak hingga mendidih dan sejukkan sedikit.

2. Kemudian, tuang dalam bekas kecil.

3. Letakkan ikan koi dan itik di atas agar-agar kolam.

4. Siram sedikit agar-agar lebihan untuk menutup sekeliling.

5. Kemudian, sejukkan semula.

Jom cuba buat puding ikan koi dan itik bersama anak, pasti seronok melihat hasilnya yang comel nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Falisa Lisa

Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN