
Dari zaman kanak-kanak sampai dewasa, suka makan Jagung Susu yang berlemak manis. Setelah dapat tahu ada cara buat Jagung Susu yang mudah, memang tak sabar nak cuba.
Kalau dulu cuma beli di gerai tepi jalan atau pasar malam, sekarang tak perlu lagi. Dengan bahan yang ada di dapur, anda boleh hasilkan sendiri Jagung Susu yang sedap di rumah.
Nurul Syuhada Firhan telah tunjukkan cara buat Jagung Susu di Facebook yang sangat menarik kerana menggunakan 4 bahan. Hanya kukus, gaul dan siap. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!
CARA BUAT JAGUNG SUSU

Bahan-bahan:
- Jagung frozen (kukus sampai lembut)
- Susu pekat manis secukupnya
- Sedikit marjerin
- Sedikit garam (untuk seimbangkan rasa)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kukus jagung frozen sampai lembut.
2. Masukkan dalam bekas, kemudian campurkan susu pekat dan marjerin.

3. Selepas itu, gaul rata semasa masih panas supaya marjerin sebati dan jagung lebih berlemak.
4. Akhir sekali, tambahkan sedikit garam supaya rasa manisnya lebih seimbang. Siap untuk dihidang!

Selepas buat resipi ini, anda pasti puas hati dengan hasilnya yang lemak manis cukup rasa. Jika suka, boleh juga tambah sedikit susu cair atau cheese untuk versi lebih berkrim.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Syuhada Firhan
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Terasa Betul Lemak Manisnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














