
Buat anda yang sukakan pencuci mulut yang lembut dan penuh dengan kejutan rasa, Bingsu Cheesecake Candy Laici ini patut masuk dalam senarai wajib cuba di rumah.
Bingsu asalnya pencuci mulut dari Korea Selatan, tapi ada yang buat versi lebih kreatif dengan menggabungkannya bersama cheesecake dan teksturnya cukup lembut serta gebu dimakan.
Kami tertarik dengan perkongsian resipi Bingsu Cheesecake Candy Laici oleh Azlina Ina Fans di Facebook yang hasilnya meleleh dan cair di mulut. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Mango Cheesecake Harum Manis Tanpa Oven, Siap Aroma Harum Semerbak!
RESIPI BINGSU CHEESECAKE CANDY LAICI

Bahan-bahan kek (acuan saiz 4 inci):
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu besar perisa laici
- 1 sudu kecil pewarna biru
- 1 sudu kecil cream tartar
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 2 cawan tepung naik sendiri
- ¼ cawan susu full cream
- ¼ cawan minyak jagung
Cara-cara membuat kek:
1. Mula-mula, satukan telur, gula halus, ovalette, perisa laici, pewarna biru, cream tartar, soda bikarbonat dan tepung naik sendiri dalam satu bekas.
2. Selepas itu, mix sampai jadi putih gebu.
3. Kemudian, masukkan ¼ cawan susu full cream dan putar lagi sebati.
4. Masukkan ¼ cawan minyak jagung dan mix sampai sebati lagi.
5. Tuang adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyak.
6. Seterusnya, tutup adunan pakai wraping plastic.
7. Kukus selama 20 minit, keluarkan dan sejukkan seketika.

Bahan-bahan topping:
- 500g cream cheese
- ½ cawan susu pekat
- 1 cawan susu full cream
- ½ cawan whipping dairy
Cara-cara membuat topping:
1. Mula-mula, kisar semua bahan dalam blender sampai sebati.
2. Kemudian, ambil dan bahagikan kepada 3 bahagian:
- Bahagian pertama: original, nak letak laici pun boleh
- Bahagian kedua: letak perisa strawberry dan pewarna pink sedikit saja
- Bahagian ketiga: letak perisa mangga, pisang atau nanas mengikut kesukaan dan pewarna kuning lemon sedikit saja.
3. Selepas itu, boleh tuang atas kek mengikut corak pewarna yang anda rasa cantik.
4. Akhir sekali, sejukkan. Siap untuk dinikmati!
Bingsu Cheesecake Candy Laici ini bukan saja menyegarkan tekak, tapi sekali cuba memang susah nak berhenti. Jika hidangkan untuk jamuan, pasti ramai tanya resipinya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina Fans
Baca juga: Mini Burnt Cheesecake Anti Gagal, Gebu & Cair Di Mulut, Confirm Jadi Walau Pertama Kali Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














