puding coklat

Mari cuba buat Puding Coklat Biskut Marie. Musim panas ini, memang nikmat tekak kalau dapat makan puding sejuk-sejuk. Sedap tak terkata dibuatnya!

Hidangan ini biasanya terdiri dari lapisan puding coklat yang lembut di atas lapisan biskut Marie yang direndam dalam coklat cair atau susu. Proses pembuatannya relatif mudah dan tidak perlu bakar dalam oven.

Baca juga: Kenali Anggaran Sukatan Cawan, Tips Untuk ‘Home Baker’ Yang Baru Berjinak 

Ikuti langkah demi langkah membuat puding ini menerusi resipi dari perkongsian Mr. Ali ini. 

RESIPI PUDING COKLAT BISKUT MARIE

puding coklat

Bahan Lapisan Pertama: Coklat

  • 12 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air (1 cawan air = 250 ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream (jika tidak ada, boleh gantikan dengan susu cair)
  • 1 sudu makan butter
  • 7 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk Nescafe
  • 5 sudu makan Milo
  • Sejumput garam
  • 1/2 cawan dark chocolate
  • 3/4 cawan gula (190 gram gula)

Bahan Lapisan Kedua: Putih

  • 6 gram agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan gula (80 gram gula)
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara buat lapisan pertama:

1. Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tersebut.

2. Setelah itu, masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.

3. Setelah gula larut, masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.

4. Kemudian, masukkan 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.

5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream (jika tidak ada, gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati.

6. Tambahkan 1 sudu makan butter dan gaul sebati hingga jadi sekata dan satu warna tanpa ketulan. Biarkan mendidih tanpa dikacau selama 1-2 minit.

7. Setelah mendidih, masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api perlahan hingga sebati, kemudian matikan api.

8. Tambahkan secubit garam, kacau sebati, dan biarkan selama 3-4 minit sebelum menuangkan adunan ke dalam loyang.

9. Tuangkan adunan ke dalam loyang sehingga tidak nampak dasar loyang, kemudian letakkan biskut Marie. Isi loyang sehingga penuh, dan tutup dengan adunan coklat sehingga menutupi lapisan biskut Marie.

10. Setkan dalam peti sejuk selama 2 minit, kemudian sambung dengan meletakkan lagi lapisan biskut Marie. Tutup dengan lebihan adunan coklat.

11. Akhirnya, setkan dalam peti sejuk sementara membuat lapisan putih.

Cara buat lapisan kedua: 

1. Letakkan 2 cawan air dan 6 gram agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih sehingga agar-agar tali terlerai, kemudian masukkan 1/4 gula setelah itu.

2. Setelah gula larut, masukkan 1 cawan susu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih selama 1-2 minit. Matikan api dan tambahkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul rata dan biarkan berehat selama 3-4 minit sebelum menuangkan campuran ini ke atas lapisan coklat yang telah set.

3. Cucuk-cucuk menggunakan garpu terlebih dahulu untuk memastikan agar lapisan melekat dan tidak terpisah ketika dipotong.

4. Tuangkan campuran dengan perlahan dan rendah. Setkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum boleh dimakan.

5. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada keterangan setiap gambar di bawah yang telah dijelaskan dengan lebih terperinci untuk mengatasi sebarang masalah sebelum ini, termasuk isu agar-agar cepat berair.

puding coklat

Selamat mencuba.

Sumber: Muhammad Ali

Baca juga: Creampuff Gebu Montok, Paling Senang Dan Elok Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN