pes bakar

Sesiapa yang plan nak berdiet, menu paling mudah nak buat ialah lauk pauk bakar. Nak mudah, jom buat saja pes bakar menggunakan resipi di bawah.

Resipi paling mudah dan sedap untuk diikuti. Pes ini boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, tinggal lumur saja bahan bahan dan boleh dibakar.

Memang sangat menjimatkan masa dan tenaga. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!

HOMEMADE PES BAKAR

Bahan-bahan:

  • Cili kering (2 gengam)
  • Bawang merah (1-2 biji) + putih (7-8ulas)
  • Serai (2 batang)+ halia & lengkuas (sebesar ibu jari)
  • Daun limau purut (1-2 helai)
  • Belacan bakar (secubit)
  • Serbuk kari (sesudu kecil)
  • Pes asam jawa (sesudu kecil)
  • Gula melaka (sesudu kecil)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan, kemudian masak sehingga semua bahan garing dan cili masak.
  2. Hiris halus daun limau purut dan taburkan.
  3. Bila sambal dah sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Bila nak guna, lumur saja pes pada lauk pilihan masing-masing, kemudian sedia untuk dibakar.

Kredit: Raihanatu Zie

Baca juga: Cara Buat Pes Shellout Homemade, Bila Nak Masak Pes Dah Ready!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN