Selamat Hari Wanita Sedunia penulis ucapkan kepada semua kaum hawa! Setiap tahun pada 8 Mac, adalah hari istimewa buat wanita. Jom beri reward untuk diri sendiri, isteri, mak atau nenek korang!
Bak kata Miley Cyrus, “I can buy myself flower~” apa kata korang reward diri sendiri dengan promosi-promosi makanan yang ditawarkan khas untuk korang hari ini.
Baca juga: Kenapa Banyak Tawaran Diskaun Pada Hari Rabu Eh?
Jom kita tengok 9 promosi makanan di bawah!
1. Marrybrown
Promosi dari Marrybrowns ini khas untuk kakak-kakak rider sempena dengan Hari Wanita Sedunia. Boleh makan di restoran atau bungkus! Tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Chatime
Korang bertuah? Boleh masuk lucky draw yang dibuat oleh Chatime ini untuk dapatkan percuma satu cupcake beserta gift card Uniqlo bernilai RM50.
3. Sushi King
Yang ni paling wow! Percuma makanan atas pinggan pink untuk pelanggan wanita. Syaratnya kena tunjuk barangan warna pink contohnya gincu, beg tangan, baju atau tudung pink. Boleh tengok terma dan syarat di IG Sushi King.
4. Coolblog
Korang boleh redeem percuma satu air kalau ada buat satu pembelian air dekat Coolblog hari ini.
5. Starbucks
Korang yang suka minum kopi mesti suka ni. Untuk hari ni je, Starbucks meraikan pelanggan wanita dengan menawarkan diskaun 30% untuk minuman bersaiz Grande terpilih. Tertakluk terma dan syarat.
6. Daboba
Buat korang yang tak minum kopi, jangan sedih sebab Daboba pun ada buat promosi minuman kedua pada harga RM3.80 je. Ajak la girlfriends ke sini lepas tu pandai-pandai la bahagi dua harga minuman hihi.
7. Burger King
Hari ni boleh jimat sikit lunch sebab Burger King menawarkan Large Meal pada separuh harga dari biasa sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi, Burger King nak belanja tu!
Apa tunggu lagi? Jom manjakan diri korang hari ini dengan ke semua promosi di atas!