Minum petang sambil layan popia bergedil yang dicicah bersama sambal kicap pedas memang sangat sedap dan memuaskan selera. Yang pasti, boleh buat sendiri di rumah kerana pasti lebih puas hati dan boleh dinikmati bersama-sama orang tersayang.
Resipi oleh Puan Rozmaliza Omar menerusi laman sesawang Facebook sangat mudah untuk dicuba.
Jom kita tengok resipinya.
Baca juga: Cara Buat Kuih Lapis Seri Wangi, Lagi Lembut Jika Lebihkan ‘Tepung Ini’
RESIPI POPIA BERGEDIL SAMBAL KICAP BERAPI
Bahan-bahan:
- 1 bungkus kulit popia, dipotong dua
- 3 biji telur (untuk salutan)
- Minyak secukupnya
Bahan untuk Bergedil:
- 4 biji kentang besar
- 400 gm daging kisar Ramly
- 4 sudu besar bawang goreng
- Daun sup atau bawang, dipotong halus
- 1 sudu kecil lada sulah
- Sedikit garam
- 2 biji cili besar merah, dipotong halus
Bahan untuk sambal kicap:
- 1 mangkuk kicap manis
- Cili api sesuai dengan pedas yang diingini
- 1 ulas bawang putih
Hiasan:
- Cili padi, dipotong
- Daun sup, dipotong kasar
- 1 sudu besar bawang goreng
Cara-cara membuat popia bergedil:
1. Potong kentang nipis dan goreng sehingga empuk atau lembut.
2. Lecek kentang goreng sehingga lumat dalam mangkuk. Masukkan daging kisar, daun sup atau bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, dan perasa. Gaul sehingga rata.
3. Ambil sekeping kulit popia, lipat sedikit bahagian atasnya dan letakkan inti bergedil. Gulung bersama kulit popia.
4. Pukul telur dan tambahkan sedikit perasa. Celupkan popia bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.
5. Angkat popia bergedil apabila kekuningan.
6. Hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng.
Cara-cara membuat sambal kicap:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
2. Panaskan periuk dan masukkan kicap serta campuran cili yang ditumbuk.
3. Masak sambal kicap sebentar, tetapi jangan biarkan mendidih. Sambal kicap siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozmaliza Omar
Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Lembut & Elok Berderai, Ini ‘Rahsia’ Pasti Menjadi!