pisang goreng belon

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng dan menghasilkan ruang ‘kosong’ di bahagian tengah. Sebab itu ia dipanggil dengan nama tersebut.

Pisang goreng belon ini juga sangat rangup di luar dan apabila digigit, akan terasa lemak biji bijan yang ditaburkan di atasnya. Sesuai dinikmati untuk sarapan atau minum petang. Jom sama-sama cuba membuatnya.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

RESEPI PISANG GORENG BELON VIRAL

pisang goreng belon

Bahan-bahan:

  • 75 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung beras
  • 10 gram tepung jagung
  • 25 gram gula pasir
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 15 gram butter (dicairkan)
  • Bijan putih/hitam

Cara penyediaan:

  1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, gula pasir, garam dan baking powder. Gaul rata.
  2. Tambahkan butter cair sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan hingga sebati.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. Kacau hingga adunan licin dan tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat, cukup untuk menyalut pisang dengan sempurna.
  4. Leperkan pisang nipah dan celupkan ke dalam adunan tepung, pastikan seluruh permukaan pisang disalut dengan rata.
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  6. Goreng pisang yang telah dicelup hingga berwarna keemasan dan garing. Pisang akan kembung sedikit seperti belon semasa digoreng.
  7. Angkat pisang goreng dan toskan minyak yang berlebihan.
  8. Taburkan bijan putih atau hitam di atas pisang goreng.
  9. Sedia dihidangkan!

Kredit: Asmah Yusof

Baca juga: Jenis Pisang Yang Sedap Untuk Digoreng, Yang Terakhir Paling Digilai Ramai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN