pisang bolen

Pisang bolen merupakan pencuci mulut yang diperbuat dari pisang dan dibalut dengan doh pastri, kemudian digoreng di dalam minyak. Hidangan ini sangat terkenal di Bandung, Indonesia. Siapa yang pernah ke sana pasti pernah mencubanya.

Apabila pulang ke Malaysia, pasti akan teringat-ingat dengan pisang bolen dengan kulit pastri yang nipis, rangup dan lazat! Selepas ini, anda tidak perlu susah-susah ‘terbang’ ke Bandung kerana kita cuba buat sendiri saja di rumah.

Ikuti resipi perkongsian oleh Ena Mohd Arip di bawah. Hanya menggunakan beberapa bahan mudah iaitu pisang, doh pastri segera, nutella dan telur. Selamat mencuba!

Baca juga: Roti Gabin, Makanan ‘Rare’ Indonesia Ini Sedap Cicah Dengan Kopi Panas

RESIPI PISANG BOLEN ALA BANDUNG

Berikut perkongsian oleh Ena Mohd Arip:

“Teringat Bandung, teringat Amanda, Kartika. Teringat Pisang Bolen.

Kalau versi Kartika Sari, ada 2 jenis. Ada yang letak cheese dan coklat. Susunan dia sederet macam roti bun. 

Yang ni kita buat siap-siap beralas sebiji-sebiji.”

Bahan-bahan:

pisang bolen

Cara-cara:

1. Ambil sekeping puff pastry. Sapu 1 sudu nutella ke atas puff pastry, letak pisang dan tambah 1 sudu lagi nutella. Kemudian bungkus macam lipat envelope.

pisang bolen

2. Gam dengan putih telur.

3. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.

4. Tabur parmesan cheese atau cheddar parut.

pisang bolen

5. Bakar di dalam air fryer selama 13 minit pada suhu 170°C.

6. Selamat mencuba!

pisang bolen

Kredit resipi dan gambar: Ena Mohd Arip

Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN