lemang

Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai.

Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.

Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang duduk dalam rumah tanpa perlu bakar di luar rumah pun lemang boleh siap.

So, nah try cara masak lemang paling mudah abad ini perkongsian Nor Nisrin ini.

Resipi Lemang Air Fryer

air fryer

1. Siang-siang kena potong buluh berpeluh husband kata. Air fryer saya 2.4 liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana.

Tinggi dia 4 1/2 inci tanpa guna basket. Jadi ukur 1/2inci untuk tapak 4 inci untuk bahagian atas. Bersihkan buluh pakai kain bersih.

2. Pulut tu saya guna 1/2kg rendam 6 jam dengan air biasa. Lepas basuh bersih tos kan dan mula bancuh santan.

Letak juga garam dan ajinamoto. Ayah saya cakap rasa santan tu mesti mcm air laut baru masuk pulut. Kemudian, rendamkan 1 jam lagi.

3. Cukup 1 jam, boleh masukkan pulut 3/4 ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit).

Selebihnya masukkan santan sampai penuh. Tengah air fryer tu saya letakkan mangkuk supaya buluh tak jatuh.

4. Ini first batch masa masak. Saya guna suhu 150′ 25 minit. Jika nak check masak ke tidak, guna ‘cake tester’.

Ada rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak hanya tambah lagi 10 minit. Alhamdulillah cun je masak pulut tu.

5. Alhamdulillah, pulut dah masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh.

Jadi buluh bole repeat guna lagi. Yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu.

6. Pulut lembut, lemak dan cukup rasa. Dah boleh makan bersama rendang dan jamu tetamu.

Baca juga: Resepi Rendang Daging Minang, Lembut & Memang Padu!


Mudahnya buat lemang guna air fryer ni. Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin.

Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.


Sumber : Nor Nisrin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN