sakit gerd

Bagi anda yang mengalami sakit GERD (Gastroesophageal Reflux Disease), perlu memberi perhatian kepada makanan dan minuman yang anda ambil untuk mengurangkan gejala tidak selesa.

GERD ialah keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan rasa sakit, rasa terbakar, dan gejala lain.

Baca juga: Cara Beza Ais Guna Air Paip Atau Air Masak, Jangan Salah Minum Nanti Sakit Perut!

Berikut ialah beberapa garis panduan yang dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi tentang makanan yang boleh membantu menguruskan GERD.


SAKIT GERD BOLEH MAKAN APA?

sakit gerd

1. Minum Air Kelapa

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Biochemistry and Nutrition, asid refluk dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) mungkin disebabkan oleh keradangan pada sistem penghadaman.

Air kelapa tanpa gula boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan GERD.
Ini kerana minuman ini kaya potassium. Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks. Potasium juga tinggi dalam kelapa muda berbanding kelapa tua.

2. Minum Air Tebu

Kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu bantu atasi masalah GERD.
Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020.

Hasil kajian menunjukkan 22 orang yang minum air tebu setiap hari menunjukkan pengurangan ketara pedih ulu hati dan pengurangan gejala GERD.

3. Minum Air Kunyit 

Menurut kajian pada tahun 2007, penyakit GERD mungkin disebabkan oleh keradangan. Kunyit dikatakan mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang dan boleh melegakan GERD.

Kunyit mengandungi curcumin yang bertindak sebagai antioksidan, anti-radang dan bantu atasi masalah GERD dan usus
Serbuk lada hitam diperlukan untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit ke dalam darah.

Kunyit juga bantu masalah jantung. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari dapat kurangkan risiko serangan jantung ( Am J Cardiol .2012)

Walau   bagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan (darah susah berhenti).

4. Kurangkan Minum Kopi 

Beberapa kajian menunjukkan meminum kopi berlebihan boleh menyebabkan pelepasan asid gastrik. Rembesan asid gastrik selanjutnya boleh menyebabkan berlakunya refluks, pedih ulu hati dan GERD.


Sumber: Dr Suri Roowi

Baca juga: Rahsia Telur Burung Puyuh Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN