Categories: Tips & Petua

Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!

Telur rebus memang antara lauk paling senang dibuat. Tapi bila sampai bab nak kupas, mulalah rasa geram sebab kulitnya asyik melekat pada isi.

Hasilnya, telur jadi berlubang-lubang dan tak cantik untuk dihidangkan. Terutamanya kalau untuk hidangan seperti nasi lemak atau salad.

Kalau anda selalu hadapi masalah ini, jangan risau. Ada petua mudah yang boleh membantu kulit telur tertanggal dengan cantik, tanpa merosakkan isinya.

Caranya ringkas, bahan pun tak perlu banyak. Hasilnya pula memang puas hati bila tengok telur licin elok dan kejadian sempurna.

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!

PETUA KUPAS TELUR REBUS SUPAYA KULIT TAK MELEKAT & CANTIK KEJADIANNYA

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, isi air dalam periuk dan biarkan hingga betul-betul mendidih.
  2. Apabila air dah mendidih, perlahankan api supaya air tidak terlalu bergolak.
  3. Masukkan telur dengan berhati-hati supaya kulitnya tidak retak.
  4. Naikkan semula api ke tahap sederhana-tinggi dan teruskan merebus selama 5 hingga 10 minit, bergantung pada saiz telur dan tahap kemasakan yang diingini.
  5. Setelah masak, segera angkat telur dan bilas di bawah air paip mengalir atau rendam dalam air sejuk beberapa minit. Ini membantu hentikan proses memasak dan memudahkan kulit tertanggal.

Sumber: Kak Nis

Baca juga: Cara Pilih Petai Yang Tak Busuk & Segar, Guna Tip Ini Semasa Membeli!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

8 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

8 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

9 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

10 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

10 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

11 hours ago