Nasi lemak bukan sekadar makanan, ia lambang budaya, cita rasa tempatan dan sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.

MyResipi, sebagai platform komuniti makanan digital terkemuka di bawah REV Media Group, kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan mereka dalam kempen istimewa, Makan Sini Best.

Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini bertujuan untuk mencari dan meraikan pengusaha nasi lemak terbaik di Lembah Klang.

Lebih menarik, seluruh proses pencalonan dan pemilihan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia menjadikan suara komuniti sebagai penentu utama.

Baca Juga: 5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral!

Baca Juga: MyResipi Lancar Kempen “Makan Sini Best” Untuk Mencari Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang

Fasa Pencalonan Bermula

Bermula dari 9 hingga 23 Ogos 2025, orang ramai boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan masing-masing dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi kempen di media sosial MyResipi:

Facebook

Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyResipi (@myresipi)

Calonkan nasi lemak kegemaran anda berserta maklumat penting di bawah:

  • Nama gerai atau restoran

  • Lokasi

  • Sebab mengapa kedai tersebut layak menerima pengiktirafan

Sama ada kerana sambalnya yang pedas berapi, nasi lemak daun pisang asli, layanan mesra atau suasana nostalgia, segala sebab adalah sah selagi ia datang daripada pengalaman sebenar.

Calonkan Nasi Lemak, Peluang Menang Hadiah Menarik

Bagi memeriahkan lagi fasa pencalonan, MyResipi turut menganjurkan beberapa peraduan menarik sepanjang tempoh kempen dengan tawaran hadiah eksklusif tajaan Le Nona. Antaranya:

  • Peraduan Gambar Nasi Lemak Paling Kreatif, di mana seorang pemenang akan membawa pulang sebuah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

  • Peraduan Komen Paling Meyakinkan, yang menawarkan dua hadiah utama: Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Scarlet Edition).

Kreativiti dan keikhlasan dalam berkongsi pengalaman sangat digalakkan kerana ia akan menjadi inspirasi kepada komuniti lain untuk mencuba dan menyokong vendor tempatan.

Acara Kemuncak: 25 September 2025

Kemuncak kempen akan berlangsung pada 25 September 2025 melalui sebuah acara mini penganugerahan yang akan mengiktiraf vendor nasi lemak terbaik pilihan rakyat.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan komuniti, 100 pengunjung terawal bakal menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif daripada rakan penaja seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

Maklumat Lanjut

Sebuah laman mikro khas telah disediakan di myresipi.com/makansinibest untuk memberikan maklumat terkini tentang senarai pencalonan, fasa undian serta aktiviti-aktiviti sepanjang kempen.

“Makan Sini Best” bukan sahaja platform untuk mengiktiraf hidangan kegemaran rakyat, tetapi juga usaha untuk mengukuhkan sokongan terhadap pengusaha makanan tempatan yang menjadi tulang belakang dunia kulinari Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk calonkan nasi lemak kegemaran anda bagi mengangkat jenama itu ke pentas tertinggi. Siapa tahu, pencalonan anda bakal menobatkan mereka sebagai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang tahun ini.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN