cara memilih periuk

Memilih peralatan memasak bukan sekadar ikut warna atau harga. Cara memilih periuk yang betul boleh memberi kesan besar kepada kesihatan, rasa masakan dan ketahanan barang dapur anda. Setiap jenis periuk mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri yang perlu difahami sebelum membeli.

Ramai yang tidak sedar bahawa bahan periuk juga boleh memberi kesan kepada keselamatan makanan. Ada yang sesuai untuk suhu tinggi, ada yang tahan lama dan ada juga yang lebih mudah diguna dan dicuci. Oleh itu, penting untuk tahu perbezaan antara stainless steel, non-stick, aluminium dan jenis-jenis lain.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan ringkas cara memilih periuk dan kuali yang sesuai untuk kegunaan harian. Semoga bermanfaat untuk bantu anda membuat pilihan yang lebih bijak di dapur!

Baca juga: Petua Cuci Kerak Kuali Yang Tebal, Hasilnya Berkilat Macam Baru!

CARA MEMILIH PERIUK & KUALI

1. Stainless Steel

cara memilih periuk

Kelebihan:

  • Tidak bertoksik (non-toxic)
  • Tahan karat
  • Sangat tahan lama

Sesuai untuk: Menumis, merebus, menggoreng dan pelbagai teknik memasak harian.

2. Cara Memilih Periuk & Kuali (Cast Iron)

Kelebihan:

  • Tidak bertoksik
  • Boleh digunakan pada suhu tinggi
  • Sangat tahan lasak dan tahan lama

Sesuai untuk: Masakan berasaskan panggang atau goreng kering dan boleh digunakan dalam oven.

3. Clay (Tanah Liat)

cara memilih periuk

Kelebihan:

  • Tidak bertoksik
  • Mengekalkan haba dengan baik
  • Struktur sangat kukuh

Sesuai untuk: Masakan tradisional seperti asam pedas, kari dan sup. Memberi rasa lebih asli.

4. Cara Memilih Periuk & Kuali (Aluminium)

Kelebihan:

  • Ringan dan cepat panas

Kekurangan:

  • Boleh bertindak balas dengan makanan berasid
  • Mudah calar dan kurang tahan lama

Nota: Perlu berhati-hati jika digunakan untuk masakan berasid seperti tomato atau limau.

5. Ceramic (Seramik)

Kelebihan:

  • Tidak bertoksik
  • Mudah dibersihkan
  • Tidak melekat secara semula jadi
  • Penyelenggaraan rendah

Sesuai untuk: Masakan harian yang ringan seperti telur, sayur tumis dan sos.

6. Non-Stick (Salutan Tidak Melekat)

cara memilih periuk

Kelebihan:

  • Memudahkan memasak tanpa minyak
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan:

  • Lapisan salutan mungkin mengandungi bahan kimia toksik seperti PFOA, PTFE atau PFOS jika tidak diperbuat dari bahan selamat

Tips: Pilih non-stick yang dilabel bebas PFOA dan jaga dengan spatula kayu/silikon supaya lapisan tidak rosak.

Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN