Kuih Keria Gula Melaka yang bulat dan comel tak pernah gagal buat orang tersenyum, terutama apabila gula melaka yang pekat manis itu bersalut elok pada setiap inci kuih keria.
Jika ikut cara orang lama, buat kuih keria ini memang memerlukan sedikit kesabaran. Tapi percayalah apabila sudah siap, hasilnya memang berbaloi dan puas dimakan.
Ramai yang tertarik dengan perkongsian resipi Kuih Keria Gula Melaka oleh Hannan Ariffin di Facebook kerana hasilnya gebu dan manis berkilat. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Sira Gula Kuih Keria Tak Cair & Tahan Sampai ke Petang, Wajib Masukkan Tepung ‘Ini’
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rebus keledek bersama sedikit garam sampai empuk.
2. Kemudian, lenyek keledek ketika masih panas sampai halus.
3. Biarkan keledek betul-betul sejuk, barulah masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kemudian gaul sampai sebati.
4. Selepas itu, bentukkan adunan jadi bulat leper (ikut saiz suka hati).
5. Goreng dalam minyak panas sampai kekuningan, kemudian toskan minyak.
6. Dalam periuk lain, masak gula melaka dengan air sampai pekat dan berbuih halus.
7. Setelah itu, masukkan keria dan gaul rata sampai bersalut cantik.
8. Tutup api, kemudian teruskan gaul sampai gula melekat sepenuhnya. Siap untuk dinikmati!
Nak hasil cantik berkilat, pastikan gula melaka dimasak sampai betul-betul pekat sebelum masukkan keria. Jangan masukkan tepung sewaktu keledek masih panas, nanti adunan jadi lembik.
Selamat mencuba!
Sumber: Hannan Ariffin
Baca juga: Rahsia Keria Keledek Oren Kekal Lembut Sampai Ke Petang, Tak Keras Bila Sejuk!
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…