petua tajamkan mata blender

Pernah tak rasa mesin pengisar dah tak tajam dan susah nak kisar bahan? Jangan terus beli baru! Sebenarnya, ada petua tajamkan mata blender yang mudah, jimat dan boleh buat sendiri di rumah.

Dengan hanya guna garam kasar, bilah mesin pengisar yang tumpul boleh kembali tajam seperti baru dibeli. Petua ini sangat sesuai untuk anda yang selalu guna blender untuk kisar cili, bawang atau rempah.

Selain menjimatkan kos, cara ini juga selamat dan tidak merosakkan blender. Kalau dilakukan secara berkala, blender akan kekal elok lebih lama.

Baca juga: Tip Elak Alatan Kayu Dapur Naik Kulat Putih, Cara No. 6 Dijamin Paling Berkesan!

PETUA TAJAMKAN MATA BLENDER

petua tajamkan mata blender

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk garam kasar (pastikan garam benar-benar kering dan tidak berair)

Cara-cara:

  1. Masukkan garam kasar ke dalam mesin pengisar .
  2. Kisar garam sehingga menjadi halus.
  3. Keluarkan garam yang telah dikisar dan bersihkan mesin pengisar seperti biasa.
  4. Hasilnya, mata pengisar akan menjadi lebih tajam daripada sebelumnya. Proses ini membantu mengasah bilah mesin pengisar secara semula jadi.

Lakukan kaedah ini dua kali sebulan untuk mengekalkan ketajaman mata mesin pengisar . Dengan cara ini, bahan kisaran akan lebih halus dan kerja di dapur pun jadi lebih mudah. Selamat mencuba!

Sumber: Afifa Rahim

Baca juga: Cara Simpan Kicap & Sos Dalam Botol Supaya Penutup Tak Berkulat, Elak Melekit & Tahan Lebih Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN