Setiap kali goreng ikan cencaru sumbat, minyak masak akan menjadi hitam sebab isinya yang ‘terkeluar’. Pasti ramai yang pernah mengalami masalah seperti ini kan?
Kadang-kadang bila goreng ikan seterusnya, terpaksa menukar minyak yang baru walaupun baru sekali menggunakannya.
Rupanya ada petua untuk jimatkan minyak dan tak perlu tukar baru jika baru sekali guna iaitu dengan menggunakan tepung jagung sahaja.
Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Ariza Kak Chik di bawah.
Pernah jadi masalah macam ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru.
Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dgn air.
Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreng ikan yang seterusnya.
Kredit: Ariza Kak Chik
Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah…
Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…
Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan…
Resepi putu mayam homemade ini sesuai dicuba bagi yang menggemari kuih tradisional berasaskan tepung beras.…
Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…