Categories: Resipi

Resipi Pes Sambal Berlado Ini Penyelamat Waktu Bulan Puasa, Campak Lauk Terus Siap!

Menjelang bulan Ramadan, persediaan awal sangat penting supaya kita tak kelam-kabut di dapur. Salah satu “penyelamat” mak-mak adalah Pes Sambal Berlado.

Sekali buat, boleh simpan stok. Pes ini sangat serba guna kerana boleh masak ayam goreng berlado atau ikan keli berlado, malah buat nasi goreng pun laku keras.

Jom tengok resipi penuh di bawah untuk mudahkan kerja anda pada bulan Ramadan nanti! Buat banyak terus untuk stok dalam peti ais, nak guna tinggal cedok saja!

Baca juga: Cara Buat Pes ‘Ibu Sambal’ Serba Guna, Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat!

CARA BUAT PES SAMBAL BERLADO

Bahan-bahan:

  • 500 gram cili api hijau
  • 200 gram cili api merah
  • 6 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 helai daun limau purut (buang urat tengah)
  • 5 biji buah keras

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng semua bahan hingga layu dan sedikit lembut. Tidak perlu garing.
  2. Satukan semua bahan yang telah digoreng tadi.
  3. Kisar menggunakan chopper atau pengisar kering sehingga halus atau sedikit kasar, ikut citarasa.
  4. Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng semula bahan kisar tadi.
  5. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.
  6. Gunakan api perlahan dan goreng selama kira-kira 30 minit sehingga pes betul-betul masak dan naik minyak.
  7. Tutup api dan biarkan pes sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih dan kering.

Nota kaki: Jika suka, boleh tambah bahan berikut untuk variasi rasa:

  • Tomato
  • Ikan bilis goreng
  • Belacan
  • Udang kering

Bahan tambahan ini perlu disangai atau digoreng terlebih dahulu sebelum dikisar bersama bahan lain.

Pes sambal lado ini sesuai dijadikan stok untuk kegunaan harian, lebih-lebih lagi sepanjang bulan puasa. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama dan kekal segar.

Sumber: Sabariah Bahasar

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago