Zaman sekarang ni, orang ramai lebih suka beli barang secara atas talian atau online daripada cari di kedai. Tak kira barang dapur, pakaian ataupun kelengkapan rumah. Beli barang online ini ada beberapa kelebihan antaranya:

  • Jauh lebih mudah. Tak perlu keluar rumah untuk pergi ke kedai. Duit minyak pun jimat!
  • Tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran.
  • Tak perlu bersesak dengan orang ramai. Beli online sambil baring atau makan kat rumah je.
  • Kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)
  • Tidak membazir tenaga untuk keluar ke pasar raya.

Tips Beli Barang Dapur ‘Online’ Kalau Nak Jimat

Sekarang ini sudah ada banyak aplikasi beli barang dapur online serta barang keperluan harian yang terus dihantar sampai ke rumah. Apa salahnya sekali sekala guna aplikasi ini kalau malas nak keluar ke pasar raya kan?

Namun, tidak dinafikan beli online ni ‘sedikit’ mahal dari beli secara fizikal. Haa, ini tips nak lagi jimat kalau belanja online. Boleh dapat lagi murah dari beli kat kedai tau!

1. BERBELANJA MENGIKUT BAJET

Sebelum berbelanja, pastikan jumlah bajet cukup dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan.

2. BANDINGKAN HARGA

Dalam berbelanja, survey dulu harga barang dapur tersebut dengan harga yang selalu kita beli di kedai. Kalau mahal seringgit dua kira okay lagi.

3. BERBELANJA SEMASA SALE

Bila ada sale kaw kaw yang jimat habis, boleh belanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan berbaloi untuk kita semua.

Biasanya sale ni akan ada pada musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu.

4. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN

Okay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa belanja online sebelum checkout. 

Ramai tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon boleh jimat duit belanja walaupun sikit.  Sekurang-kurangnya masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan lain, betul tak?

Lepas ni, membeli barang dapur online akan jadi lebih menyeronokkan bila dah tahu cara yang lebih jimat. Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli. Selagi boleh jimat, kita jimat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN