Dah bosan dengan kek butter biasa dan juga marble, jom tukar selera dengan mencuba resipi kek butter horlicks. Gabungan rasa lemak manis yang memang ngam.
Cara buat kek ini sama sahaja dengan kek butter yang biasa kita makan cumanya penambah sedap adalah horlicks. Paling penting, guna pure butter lagi sedap!
Jom tengok perkongsian oleh Cik Puan Julie Zuriana Awgku Zaidei di bawah ini.
Baca juga: Resipi Kek Tembikai, Sedap Dan Lain Dari Lain!
RESIPI KEK BUTTER HORLICKS
Bahan-bahan:
- 500 gm mentega (guna pure butter)
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan Horlicks
- 1/2 tin susu pekat manis
- 10 biji telur
- 1 sudu makan serbuk penaik (baking powder)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar adunan.
3. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati.
4. Masukkan Horlicks dan putar hingga rata.
5. Masukkan esen vanilla dan putar hingga sebati.
6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga rata.
7. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah Celsius.
8. Sediakan dua biji loyang ukuran 8”x 8”. Panaskan loyang dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang, sapukan mentega, dan alaskan dengan kertas baking. Sapukan juga mentega di atas kertas baking.
9. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan ke dalam dua loyang yang telah disediakan.
10. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah Celsius selama 50 minit atau hingga masak. (Nota: Suhu mungkin bergantung pada oven masing-masing).

Selamat mencuba!
Sumber: Julie Zuriana via Resepi Hangat
Baca juga: Wanita Sarawak Ini Kongsi Resepi Kek Lumut Kukus, Hasil Gebu Elok!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Kek Gulung Batik Nutella, Ini RAHSIA Untuk Gebu Dan Cantik
Resepi Nasi Tomato Simple Cara Arwah Mak, Wangi, Lembut & Sarat Dengan Kenangan!
Kuetiau Keras Kejung Daripada Peti Sejuk, Guna Cara Ini Confirm Licin & Tak Melekat Bila Goreng!
Resipi Sos Namplawan, Colek Buah Versi Thai Yang Mengiurkan. Memang Lain Dari Lain!
Sup Ayam Ginseng (Samgyetang) Masakan Korea, Selalu Nampak Dalam K-Drama!
Artikel Popular
Resipi Mini Pizza Roti, Mudah & Sedap Memang Ralit Mengunyah!
Resipi Sotong Stim Limau Yang Menggoda, Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis!
Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani Style Thailand Yang Boleh Dicuba
Petua Turunkan Paras Gula Dalam Darah, Kisar 3 Bahan Ini & Minum
Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Telur Dadar Crispy, Rahsianya Kena Sejukkan Dulu Sebelum Goreng!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














