Tak dinafikan bahawa pelakon Park Seo-jun mempunyai peminat yang ramai di Malaysia kan?
Mungkin disebabkan kepopularitian yang hebat, banyak jenama popular yang berebut untuk menjadikan lelaki itu sebagai wajah bagi mempromosikan produk mereka.
Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak
Termasuklah jenama minuman tenaga MILO di bawah Nestlé yang mengumumkan bahawa Park Seo-jun dipilih menjadi model mereka baru-baru ini.
Kolaborasi ini nyata disambut baik peminat tempatan memandangkan Park Seo-jun merupakan antara nama yang sering menjadi sebutan ramai dalam kalangan penonton K-Drama.
Lebih menyeronokkan apabila slogan yang disebutnya iaitu “Jom Minum MILO” berbunyi sangat native seperti orang Malaysia yang menyebutnya. Handsome!
Antara komen netizen
Lepas Oppa PSJ ni jadi duta, makin ramailah orang berebut nak beli milo muka dia~ Hiks!