Kadang-kadang, tengah malam pun boleh rasa lapar. Tapi tak tahu nak makan apa? Apa kata cuba hidangan yang ringkas iaitu resipi overnight oats yang mudah dan ringkas ini.
Resipi ini tidak perlu dimasak. Malah, hanya simpan dalam peti sejuk saja. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah topping seperti mentega kacang, granola, dan banyak lagi. Pasti rasanya lebih sedap!
Baca juga: Mee Kacang Soya (Kong-Guksu), Sedap Makan Masa Cuaca Panas
Cara penyediaannya juga mudah dan bahan yang digunakan tidaklah banyak. Anda hanya perlu buah-buahan, susu, dan bijian oats sahaja.
Hidangan oats ini boleh bertahan dalam peti sejuk selama 5 hari. Namun pastikan menyediakannya dalam bekas yang sesuai agar mudah untuk menikmatinya.
Ikuti perkongsian Cik Puan Mimi Fairuz ini, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan overnight oats yang sangat sedap dengan kombinasi buah-buahan segar yang enak.
RESIPI OVERNIGHT OATS CARA MUDAH
Selain sesuai disajikan makan malam, ia boleh diambil untuk sarapan pagi. Rasa yang sedap nak mampu membuat anda kenyang dan bertenaga.
Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resipi ini kan. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya ini.
Bahan-bahan:
- 1/3 oats
- 1/2 cawan yogurt
- 1/3 cawan susu
- Mangga
- Strawberi
- Epal hijau
- Anggur
Cara-cara penyediaan:
1. Bersihkan ke semua buah-buahan. Kemudian potong dadu buah tersebut. Jangan terlalu besar nanti susah pula nak makan.
2. Ambil mangkuk. Kemudian masukkan oats, susu dan yogurt ke dalam mangkuk tadi.
3. Kacau hingga sebati. Jika terlalu cair, boleh tambahkan lagi oats.
4. Masukkan ramuan oats yang dibacuh tadi bekas atau cawan. Kemudian masukkan buah ke dalamnya. Sejukkan ia dalam peti sejuk sebelum dihidang.
5. Bila dah sejuk siap untuk dihidang!
Anda boleh menggunakan apa-apa jenis buah yang anda sukai. Hidangan ini juga sesuai dihidangkan pada keluarga kerana ia menyihatkan dan cukup berkhasiat. Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Mimi Fairuz
Baca juga: Ayam Goreng Seringgit Macam Pasar Malam, Lagi Puas Buat Sendiri