onigiri tuna mayo

Jom kita cuba buat Onigiri Tuna Mayo ala Family Mart di rumah. Mudah sangat rupanya. Satu keluarga pula boleh makan sampai kenyang, jadi puas hati.

Tak perlu dah nak borong semua onigiri dekat kedai. Boleh berjimat guna cara ini. 

Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!

Jom tengok resipi yang sudah viral ini yang dikongsikan oleh ‎ @silvialim18‎ di laman Facebook. Boleh olah ikut tekak masing-masing ya. Sekali-sekala boleh lah untuk memuaskan selera anda yang mengidamkan oden Family Mart itu.


RESIPI ONIGIRI TUNA MAYO

onigiri tuna mayo

Bahan-bahan: 

  • 1.5 cawan beras sushi
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam himalaya

Bahan inti onigiri:

  • 100gram mayonis
  • 1 tin tuna (toskan minyak dalam tin)
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/2 biji bawang merah – cincang
  • 1 batang daun bawang – hiris
  • Garam, gula &  blackpepper secukupnya
  • Sedikit minyak

Bahan lain:

  • Seaweed secukupnya

Cara-cara penyediaan: 

1. Mula-mula masak nasi sehingga masak (cara memasak nasi sama seperti biasa). Setelah nasi masak, masukkan cuka beras, gula dan garam himalaya.  Gaul rata dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih & bawang besar yang dihiris dengan sedikit minyak hingga naik bau kemudian masukkan tuna, tumis sebentar hingga sebati.

3. Perasakan dengan garam, gula & lada hitam secukup rasa kemudian masukkan juga daun bawang yang dihiris, kacau rata.

4. Bila dah tak panas, masukkan 100gram mayonis dan gaul rata.

5. Akhir sekali, ambil nasi yang sudah diperasakan dan masukkan isi tuna mayo. Kemudian, bentukkan segitiga sehingga padat kemudian hiaskan dengan seaweed. Ulang sehingga nasi dan inti habis. Siap!


Selamat mencuba resipi Onigiri Tuna Mayo ini.

Baca juga: Reaksi Orang Jepun Dengan Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN