Kebersihan makanan adalah satu aspek yang harus kita titik beratkan tak kira di mana kita berada kerana hampir setiap hari kita mendengar kes mengenai penemuan bendasing dalam makanan.
Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran di grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official’, seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya apabila berhenti untuk makan di sebuah premis yang tidak dinyatakan lokasinya.
Baca juga: [VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa ‘Benda’ Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir
Jumpa skru dalam nugget?
Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila wanita tersebut yang sedang asyik menikmati pesanan nugget dan ayam goreng itu mendakwa terjumpa sebuah objek bendasing di dalam makanannya.
Setelah diteliti, wanita tersebut telah mengambil beberapa keping foto objek tersebut yang masih terlekat dengan isi nugget tersebut.
Pemilik akaun Facebook berkenaan yang dikenali sebagai Izwani itu, mendakwa bahawa dia menjumpai bendasing yang kelihatan seperti skru ataupun dawai besi berukuran kira-kira dua inci di dalam sebuah nugget.
Difahamkan Izwani telah pun mengunyah nugget tersebut yang telah dicicah bersama sos cili, bagaimanapun dia berhenti mengunyah apabila terasa suatu benda yang keras di dalam mulutnya.
“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi,” tulisnya di hantaran tersebut.
Susulan kejadian itu, Izwani telah membuat aduan kepada pekerja di kedai tersebut mengenai hal itu. Namun, dia menegaskan bahawa ia bukanlah salah kedai kerana nugget tersebut diambil dari bungkusan yang dikilangkan.
Nasib baik tak tertelan…
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan agar memilih jenama yang berkualiti walaupun mahal sedikit berbanding jenama lain dan ada juga netizen yang meluahkan rasa terkejut dengan peristiwa yang melanda Izwani itu.
Allahhuakhbar, mujur lah jenis peka dan tak tertelan. Main dengan nyawa sungguh!