PENULIS

myResipi

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2020-11-25

Seperti yang kita tahu, kurma memang mengandungi terlalu banyak khasiatnya. Ia dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat Islam amat dinasihatkan memakan buah kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa.

Nak lagi sedap, boleh cuba buat susu kurma cincau, cara membuatnya juga sangat mudah dan cepat! Jom cuba!

Bahan-bahan

  • Susu segar
  • Whipped cream
  • Hirisan kurma yang telah direndam semalaman
  • Cincau

 

Cara-cara

  • Masukkan bahan bahan untuk dikisar, susu segar dan kurma. Kisar sehingga halus.
  • Tuangkan susu kurma yang telah dikisar dan masukkan cincau.
  • Letakkan whipped cream dan hias dengan hirisan kurma
  • Siap!