Categories: Makan Sini Best

Rahsia Sambal Pedas Yam Yam KL, Antara Nasi Lemak Terbaik di Gombak yang Wajib Cuba

Bila bercakap tentang nasi lemak, pasti anda akan terbayang keenakan nasi lemak yang beraroma, sambal yang cukup rasanya dan lebih enak bila dipadankan dengan lauk yang beraneka untuk dinikmati.

Pelbagai jenama nasi lemak boleh didapati di pasaran ketika ini dan antara nama yang semakin mendapat perhatian ialah Nasi Lemak Yam Yam KL yang terletak di Kantin@Setor Gombak.

Walaupun baru beroperasi tidak sampai setahun, gerai ini sudah mula menjadi sebutan penggemar nasi lemak terbaik di Gombak kerana rasa unik yang ditawarkan.

Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ

Baca Juga: Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi

RAHSIA KEISTIMEWAAN NASI LEMAK YAM YAM, NASI LEMAK TERBAIK DI GOMBAK

Apa yang membezakan Nasi Lemak Yam Yam daripada nasi lemak terbaik di Gombak ialah sambal istimewa mereka.

Resipinya berasal dari Utara tanah air dan terkenal kerana tidak terlalu manis, sebaliknya menampilkan rasa pedas, masin dan seimbang sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia yang menggemari sambal ‘berhantu’.

Bukan itu sahaja, beras yang digunakan untuk memasak nasinya turut diperkaya dengan herba-herba tertentu seperti jintan manis, menjadikan nasi lebih harum, berlemak dan menambah keaslian dalam setiap suapan.

Perhatian terhadap aroma ini menjadikan Nasi Lemak Yam Yam KL antara nasi lemak terbaik di Gombak yang wajib dicuba.

MENU PILIHAN & BEST SELLER NASI LEMAK TERBAIK DI GOMBAK

Setakat ini, terdapat 7 menu nasi lemak ditawarkan di Nasi Lemak Yam Yam KL. Antara semua pilihan, menu paling laris ialah Sambal Paru Crispy.

Gabungan tekstur rangup di luar tetapi lembut di dalam ini menjadikannya padanan sempurna dengan nasi lemak beraroma mereka.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya Nasi Lemak Yam Yam KL berjaya tersenarai sebagai antara ‘Top 5 Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang’ dalam kempen Makan Sini Best anjuran MyResipi!

@myresipi

Siapa sangka gerai yang baru bertapak kurang daripada setahun boleh jadi kegilaan ramai? makansinibest Nak Nasi Lemak Yam Yam KL dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang? Undi sekarang di www.myresipi.com/makansinibest

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

JOM UNDI NASI LEMAK YAM YAM KL!

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik sekitar Lembah Klang.

Berbeza daripada pertandingan biasa, pemenang akan ditentukan oleh pilihan rakyat, bukan pengkritik makanan.

Jadi, sekiranya Nasi Lemak Yam Yam KL adalah nasi lemak kegemaran anda, undi mereka bermula 17 September 2025 di myresipi.com/makansinibest dan lihat siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang!

NASI LEMAK PERCUMA UNTUK 100 PENGUNJUNG TERAWAL!

Jangan lepaskan peluang juga untuk hadir ke acara kemuncak Makan Sini Best dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma.

Anda juga berpeluang membawa pulang produk tajaan eksklusif seperti Sunshine Bakeries dan ZUS Coffee pada 9 Oktober 2025 nanti!

Baca Juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai

Baca Juga: Resipi Warisan, Sambal Pekat & Bungkus Daun Pisang Jadi Tarikan Nasi Lemak Tok Ami

Najmir

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

2 days ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago